Powered By Blogger

Saturday, February 25, 2017

VIRAL | Dikecam Beri Nama Anak 'Naruto', Bapa Tampil Jelas Hal Sebenar (Just Share) From Lyssa

VIRAL | Dikecam Beri Nama Anak 'Naruto', Bapa Tampil Jelas Hal Sebenar

Add caption

Saya hanya kongsikan topik ini daripada LYSSA FAIZUREEN 

Gara-gara memuat naik gambar sijil kelahiran anak kedua bernama Muhammad Putra Naruto di akaun Instagram, pelawak dan pelakon tempatan, Mohd Shah Rizal Sulaiman, dicela oleh pengguna Internet selepas dia memuat naik sijil lahir anak yang baru lahir, yang menunjukkan nama Muhammad Putra Naruto.
Klik Saya
Naruto ialah siri anime Jepun terkenal yang menceritakan kisah Uzumaki Naruto, seorang ninja tanpa bakat istimewa, namun cekal dan pantang berputus asa demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Hokage.

Walau bagaimanapun, Shah menjelaskan bahawa ia hanya jenaka untuk gurauan ahli keluarganya.
Beliau sebenarnya telah menyunting sijil lahir anaknya dan menukar nama sebenar, Muhammad Putra Iyyad, kepada Naruto sebelum memuat naik ke Instagram pada Selasa lalu.
"Saya minta maaf sebab hanya bergurau di Instagram. Tak sangka ia jadi viral. Sebenarnya sijil kelahiran ini sengaja disunting kerana saya nak ‘kenakan’ ahli keluarga yang mencadangkan nama Naruto memandangkan saya dan anak sulung meminati anime ini," katanya.


Ahli keluarga dan beberapa peminat terkejut dan percaya bayi itu dinamakan Naruto. -


No comments:

Post a Comment